Wednesday, July 27, 2011

puisi sepi...gabungan dari student2 nakal..

salam semua..!!!!
saya ade beberapa puisi yang nak kata boleh pegi jauh tue xtak la..
tapi sekadar hiburan semata-mata..
tiada kena -mengena antara hidup atau yang telah meninggal dunia (mcm drama pulak dah)
kite enjoyy okey!!!hehe....

(puisi 1)
JALAN SEPI
jalan sepi itu yang kau pilih,
jalan sepi itu yang kau puja,
jalan sepi itu yang kau mahu,
jangan penah salahkan,
jalan sepi yang kau pilih....

by-ms.barney

(puisi 2)
SEPI
sepi itu sepi,
sepi bermula dengan huruf 's',
dan berakhir dengan 'i',
siapa yang tidak tahu eja sepi,
memang nak kena api.

by-ms.cda

(puisi 3)
sepi itu datang lagi,
aku lihat wajah-wajah sepi,
sambil baca novel pergilah sepi,
esok, ku sambung tengok filem sepi,
bagaimana nak menghapuskan sepi?,
sepi,sepi,sepi lagi dan lagi.

by-ms.dilla

(puisi 4)
sepi makin akrab,
aku tak mampu menangkis lagi
di setiap pelusuk
kau hadir menghampiriku
aku rimas, lemas, tersesak (tolong 2x!)
adakah aku bisa jauhimu
oh sepi
kau kembali

by-mimi cincan

(puisi 5)
aku mahukan suami (gatal+miang suda)
agar lengkap berusuk kiri
damai hidup tiada sepi
suami pasti peneman peribadi
aku pasti
sepi pasti pergi
suamiku (gatal lagik!)
kau punca riang bersatu
moga sepi tinggal di batu
tempat kita berbulan madu (wow!)

by-beyla

(puisi 6)
aku tak inginkan kesepian 
kerana ini bisa buat ku lemah
sepi tanpanya umpama malam tanpa bulan
siang tanpa matahari
tapi kesepian itu selalu menghantuiku
adakah ini takdir untukku?
takdir untuk aku merasa kesepian ini
sepi...
ku mohon berlalu dari hidupku
dan hadirlah kegembiraan untukku

by-ms.ana

(puisi 7)
SEPI
Sepi hatiku bila ditanya
adakah dikau sudah berpunya
sukar untuk aku menjawabnya
aku malu untuk mengakuinya

memang dirikiu serba kekurangan
tidak terdaya aku menahannya
bisikan yang selalu menghantuiku
tertutup pintu hatiku

by-mr.lonely

(puisi 8)
MOTIP SUME NAK SEPI NOKK
motif sepi menjadi tajuk
apakah kalian dilanda kesepian
apakah kalian sudah kelemasan
dalam kesepian

mak stress tibe-tibe nokk
sentap mak hayam sekejap
makk stress baca puisi sepi uolls
sepi itu hanya sebuah perasaan
perasaan yang dibiarkan
sendirian nokk
lama-lama menjadi sepi yang
sukar untuk diungkapkan
akhirnya menjadi macam uollss
meroyan tak tentu pasal.....

by-ms.barney

sape yang suke like..
yang xsuke g maen jauh2 okeys..!!
hehehe
p/s-'kawan-kawan sorry':)

TANGAN TUA


tangan tua itu...


Tangan tua itu besarkan aku
Mencari nikmat hidup untuk aku
Tangan tua itu kasar
Memerah tenaga siang dan malam tak kira hujan panas
Uratnya bagai akar sena yang menjalar besar
Kerana kudrat empat kerat itulah yang dikerah berhari-hari
Asalkan nikmatnya tersalur luhur ke diri ini

Tangan tua berpesan
Tiada segunung emas mampu aku berikan
Cuma kata-kata azimat yang mampu aku taburkan
Kebun ilmu perlu dicari untuk pedoman
Sebagai bekalan dimasa hadapan


Langkahku ke kebun ilmu penuh harapan
Tangan tua menjadi ingatan
Akan aku hasilkan benih subur dalam kebun ilmuku
Hanya untuk tatapan tangan tua itu

Tangan tua tiada daya
Simpatiku berganda-ganda
Tugasku sudah bermula
menyumbang bakti disisinya
Namum begitu
Sumbangan itu sudah cukup besar baginya

wahai tangan tua 
Sudah tibanya masa
Untuk aku membanting tulang menjagamu
Seperti mana kau menjagaku dulu.....


nurkilan by:
lovely laviosa
1:48AM

Thursday, July 21, 2011

Mood: like2 sajo..


Lame dah xupdate blog berabuk dah rasanya blog i nie..ade orang suruh i update cepat2 tp i xde idea nak tulis ape..niat kat hati nak tulis macam2 tp bile sis intan dah tolong upgradekan blog nie jadik cantik-cantik tibe2 idea jadi slow plak..motif la kan idea nie(salahkan idea plak dah)..!! adehh tp xpe I think tak lame lagi i akan start tulis something yang i memang berhajat nak tulis dr dulu..i just need more time (cehh macam la ade yang kesah kan??motif la nokk)..ok la adios amigos everyone…


                                         "Luvely laviosa @ ms.barney"

Tuesday, October 13, 2009

Persahabatan....

Persahabatan...

Jangan dipandang enteng dengan perkataan ini. kerna melalui persahabtan maka akan terjalinnya sebuah ikatan yang suci diantara umat manusia. Mengapa sesetengah manusia tidak pernah menghargai sebuah erti persahabatan?? Sehingga sanggup bertindak memutuskan hubungan suci tersebut..!!

Mengapa dan kenapa.. Aku ingin sekali mengetahuinya, tidakkah mereka berasa rugi dengan kehilangan manusia yang bernama sahabat..

Aku pernah ditinggalkan oleh sahabat baik aku sendiri. 'dia' memutuskan persahabatan kami tanpa sebab yang kukuh dan nyata.. aku menyayanginya..terlalu.. Dan akhirnya 'dia' tinggalkan aku.. Sedih bukan kepalang rasanya.

Persahatan yang dibina bertahun-tahun, putus dengan satu ayat sahaja... Adakah itu nilai sebuah persahatan..?? Aku cuba mencari jawapan dari persoalan itu... Sehingga sekarang aku belum menemuinya lagi... Kepada sahabat-sahabat diluar sana hargailah sahabat-sahabat anda... Jangan sia-siakan ikatan yang suci itu......

13okt09
2:40pm