Wednesday, July 27, 2011

puisi sepi...gabungan dari student2 nakal..

salam semua..!!!!
saya ade beberapa puisi yang nak kata boleh pegi jauh tue xtak la..
tapi sekadar hiburan semata-mata..
tiada kena -mengena antara hidup atau yang telah meninggal dunia (mcm drama pulak dah)
kite enjoyy okey!!!hehe....

(puisi 1)
JALAN SEPI
jalan sepi itu yang kau pilih,
jalan sepi itu yang kau puja,
jalan sepi itu yang kau mahu,
jangan penah salahkan,
jalan sepi yang kau pilih....

by-ms.barney

(puisi 2)
SEPI
sepi itu sepi,
sepi bermula dengan huruf 's',
dan berakhir dengan 'i',
siapa yang tidak tahu eja sepi,
memang nak kena api.

by-ms.cda

(puisi 3)
sepi itu datang lagi,
aku lihat wajah-wajah sepi,
sambil baca novel pergilah sepi,
esok, ku sambung tengok filem sepi,
bagaimana nak menghapuskan sepi?,
sepi,sepi,sepi lagi dan lagi.

by-ms.dilla

(puisi 4)
sepi makin akrab,
aku tak mampu menangkis lagi
di setiap pelusuk
kau hadir menghampiriku
aku rimas, lemas, tersesak (tolong 2x!)
adakah aku bisa jauhimu
oh sepi
kau kembali

by-mimi cincan

(puisi 5)
aku mahukan suami (gatal+miang suda)
agar lengkap berusuk kiri
damai hidup tiada sepi
suami pasti peneman peribadi
aku pasti
sepi pasti pergi
suamiku (gatal lagik!)
kau punca riang bersatu
moga sepi tinggal di batu
tempat kita berbulan madu (wow!)

by-beyla

(puisi 6)
aku tak inginkan kesepian 
kerana ini bisa buat ku lemah
sepi tanpanya umpama malam tanpa bulan
siang tanpa matahari
tapi kesepian itu selalu menghantuiku
adakah ini takdir untukku?
takdir untuk aku merasa kesepian ini
sepi...
ku mohon berlalu dari hidupku
dan hadirlah kegembiraan untukku

by-ms.ana

(puisi 7)
SEPI
Sepi hatiku bila ditanya
adakah dikau sudah berpunya
sukar untuk aku menjawabnya
aku malu untuk mengakuinya

memang dirikiu serba kekurangan
tidak terdaya aku menahannya
bisikan yang selalu menghantuiku
tertutup pintu hatiku

by-mr.lonely

(puisi 8)
MOTIP SUME NAK SEPI NOKK
motif sepi menjadi tajuk
apakah kalian dilanda kesepian
apakah kalian sudah kelemasan
dalam kesepian

mak stress tibe-tibe nokk
sentap mak hayam sekejap
makk stress baca puisi sepi uolls
sepi itu hanya sebuah perasaan
perasaan yang dibiarkan
sendirian nokk
lama-lama menjadi sepi yang
sukar untuk diungkapkan
akhirnya menjadi macam uollss
meroyan tak tentu pasal.....

by-ms.barney

sape yang suke like..
yang xsuke g maen jauh2 okeys..!!
hehehe
p/s-'kawan-kawan sorry':)

No comments: