Mencari nikmat hidup untuk aku
Memerah tenaga siang dan malam tak kira hujan panas
Uratnya bagai akar sena yang menjalar besar
Kerana kudrat empat kerat itulah yang dikerah berhari-hari
Asalkan nikmatnya tersalur luhur ke diri ini
Tiada segunung emas mampu aku berikan
Cuma kata-kata azimat yang mampu aku taburkan
Kebun ilmu perlu dicari untuk pedoman
Sebagai bekalan dimasa hadapan
Langkahku ke kebun ilmu penuh harapan
Akan aku hasilkan benih subur dalam kebun ilmuku
Hanya untuk tatapan tangan tua itu
Simpatiku berganda-ganda
Tugasku sudah bermula
menyumbang bakti disisinya
Namum begitu
Sumbangan itu sudah cukup besar baginya
wahai tangan tua
Sudah tibanya masa
Untuk aku membanting tulang menjagamu
Seperti mana kau menjagaku dulu.....
nurkilan by:
lovely laviosa
1:48AM
No comments:
Post a Comment